Siapa yang tak mahu badan ramping dan berat badan senang turun? Sebab itu kita pun gigih la mencari makanan diet bagi menurunkan berat badan. Bukan itu sahaja, kita juga sanggup berusaha nak menghapus lemak-lemak degil yang ada.
Tapi kenapa berat masih tak turun-turun, salah menu diet ke? Bila berat tak turun, kita pun mulalah rasa down dan tak mahu berusaha lagi. Akhirnya -- kita redha saja saiz badan sekarang. Baca juga: Jadual Pemakanan Ibu Menyusu & Diet Yang Betul Membantu Perbanyakkan Susu Badan Makanan diet yang salah punca anda gagal turunkan berat Sebenarnya, menurut pakar, ramai penduduk di Malaysia ingin cepat kurus, namun tidak mengamalkan makanan diet yang sebetulnya.
Walaupun kita tahu apa kebaikan menjaga tubuh badan demi kesihatan (malah penampilan), tapi kita tak faham apa jenis menu untuk diet yang sesuai. Kita selalu ingat untuk diet, kita tak boleh makan nasi.
Tapi hakikatnya, kita perlu mengamalkan makanan untuk diet seimbang dengan cara menguruskan badan tanpa diet makanan pada tahap semula jadi. Ini bermakna, kita perlu mengelak makanan yang diproses, makanan dengan pengawet, makanan yang banyak gula dan makanan dengan lemak jahat/kolestrol yang tinggi.
Menu diet sihat yang sebenarnya ialah EAT CLEAN Coach Yatie Nadzli baru-baru ini telah cara menguruskan badan tanpa diet tentang apakah itu " eat clean" yang sepatutnya kita buat untuk menguruskan badan. Menurut beliau, 80% kejayaan penurunan berat badan memberi fokus pada pemakanan sihat dan eat clean. Eat clean bermaksud: • Makan whole food, bukannya makanan proses. Contohnya: makan ikan, bukannya bebola makan. Makan nasi, bukannya makan bihun atau mee • Jangan ambil makanan yang ada minyak, gula, sos dan serbuk perasa • Makan semua kumpulan makanan dalam piramid dengan seimbang • Makan 4-5 kali sehari ikut keperluan kalori badan Makanan untuk diet yang perlu DIELAK Antara makanan untuk diet seimbang yang perlu anda elak untuk cepat kurus ialah: • Semua masakan bergoreng • Kek, pemanis mulut, biskut, coklat, aiskrim • Semua jenis air yang manis • Makanan yang diproses seperti nuget, hotdog • Semua makanan segera seperti KFC, McDonald, Pizza • Semua jenis sos dan kicap • Kerepek atau kekacang yang bersalut.
Menu diet "eat clean" mampu mengempiskan perut Selama ini, puas anda bersenam, tak makan macam-macam dan cuba semua ubat kurus, tapi perut masih tak kempis? Itu semuanya salah makanan dan minuman yang diamalkan kita jadi anda perlu buat perubahan dalam menu makanan, barulah anda nampak hasilnya kelak. Sebenarnya menu diet ini tak semestinya anda tolak makan nasi secara 100%, tetapi anda hanya perlu kurangkan pengambilan nasi.
Bukan sahaja nasi ya, malah sebarang jenis makanan yang mengandungi karbohidrat!
20 makanan diet yang boleh anda cuba Berikut ini adalah beberapa menu diet yang boleh anda cuba di rumah. Semuanya nampak enak dan boleh dibuat sendiri. Cubalah, semoga ia membantu menurunkan berat badan anda! #1.
Nasi putih dinikmati bersama ikan salmon, lobak merah dan juga brokoli hijau. #2. Menu diet - Semua makanan di ambil suku-suku separuh.
Pilihan sayur brokoli dan lobak merah antara yang paling digemari ramai untuk mengamalkan makanan diet sihat. #3. Nasi bersama ayam dan sayur-sayuran seperti kubis dan kangkung.
#4. Selera makanan diet boleh juga diubah dengan meletakkan serbuk lada hitam yang dimasak bersama bawang merah. Hmm, cukup enak serta mempercepatkan anda untuk kurus. #5. Makan nasi kalau letak sedikit sambal bercili boleh bantu selera makan anda walaupun tanpa kuah. #6. Tauhu, salad, ikan dan nasi putih bersama sambal bercili. Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga.
Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi! #8.
Sayur campur dan ikan salmon. Sayur campur, grill salmon dan ikan bilis tumbuk. Enak! Ikan bakar, sayur campur, sambal belacan dan nasi putih. Ikan bercili hijau, kobis mentah, sambal merah dan nasi putih. Sayur brokoli, lobak merah, nasi putih bersama ayam potongan dadu. Apa lagi, jom cuba menu diet di atas.
Jangan risau, tak perlu tergesa-gesa untuk turunkan berat badan kerana anda boleh cuba seminggu dahulu dan lihat perbezaannya! Anda juga boleh mendapatkan healthy food tips untuk mengekalkan kesihatan masa mendiet.
Cara menguruskan badan tanpa diet Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia Sumber rujukan & kredit gambar: Coach Yatie Nadzli Baca juga: Panduan Diet Pemakanan Untuk Anak Obesiti @ Terlalu Gemuk, #5 Paling Kena Elak!
• Cubaan untuk hamil • Anak angkat • Kehamilan • Sebelum & Proses Bersalin • Perkahwinan & Seks • Bayi • Nama bayi • Perkembangan & Anak • Tip keibubapaan • Penyusuan & Pemakanan • Kesihatan • Senaman • Alahan & Sindrom • Penyakit • Hidangan • Pendidikan • Prasekolah • Sekolah rendah • Sekolah menengah • Pendidikan khas • Gaya Hidup • Rumah • Kewangan • Percutian • Pertandingan & promosi • Banyak Lagi • TAP Komuniti • Beriklan Dengan Kami • Hubungi Kami • Jadi Penyumbang Kami